DUNIA
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 29 Februari 2024.
1. Jumlah korban di Gaza akibat serangan Israel melepasi 30,000
Lebih 30,000 rakyat Palestin terbunuh dan lebih 70,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Khamis.
2. Jepun umum peraturan baharu visa pelajar asing
Kerajaan Jepun pada Khamis melonggarkan peraturan visa untuk membolehkan pelajar asing tinggal dan mencari pekerjaan di negara ini, lapor Agensi Berita Emirates (WAM) memetik media tempatan.
3. Malaysia sahkan komitmen bantuan kemanusiaan di Syria
Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin menyatakan komitmen berterusan Malaysia untuk menyediakan bantuan kemanusiaan di Syria pada pertemuan dengan Setiausaha Agung Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah (IFRC), Jagan Chapagain.
4. Satu-satunya hospital beroperasi di utara Gaza ditutup akibat kekurangan bahan api
Satu-satunya hospital yang beroperasi di utara Semenanjung Gaza terpaksa menghentikan operasi pada Rabu akibat kekurangan bahan api.
5. Kerajaan Korea Selatan mahu berunding dengan doktor-doktor mogok
Kerajaan Korea Selatan sedang berusaha untuk mengadakan rundingan pertama dengan kumpulan doktor tempatan di negaranya yang melakukan mogok kerja sebagai bantahan terhadap rancangan kerajaan untuk menambah sekolah perubatan.
6. AS gesa Israel benarkan umat Islam beribadat di Al-Aqsa di bulan Ramadan
Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel membenarkan umat Islam menunaikan ibadat di pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis pada bulan Ramadan selepas seorang menteri sayap kanan mencadangkan menghalang penduduk Palestin dari Tebing Barat yang diduduki daripada solat di sana.
7. Ahli Parlimen AS setuju elak penutupan kerajaan sebelum tarikh akhir
Pemimpin Kongres AS telah mencapai persetujuan untuk menghalang penutupan sebahagian kerajaan persekutuan yang dijadualkan pada tengah malam Jumaat ini, kata Ahli Parlimen.
8. 23 migran maut bot dinaiki karam di Senegal
Seramai 23 migran maut selepas bot dinaiki mereka menuju ke Eropah karam di luar pantai Saint-Louis di utara Senegal, menurut media tempatan, lapor Xinhua.
9. Kesihatan Raja Harald V semakin baik - Istana Norway
Raja Norway Raja Harald V yang kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Maliha (HSM) di Langkawi, Malaysia semakin pulih daripada jangkitan, kata pihak Istana Norway.
10. Helikopter bawa enam penumpang terhempas di Norway
Sebuah helikopter yang membawa enam orang telah terhempas di lautan pantai barat Norway.