ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 2 September 2024.


1. Malaysia, NZ akan jalankan penilaian skop sebelum lancar kajian semula FTA

Malaysia dan New Zealand akan menjalankan penilaian skop sebelum melancarkan kajian semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand.



2. 2 maut akibat ribut tropika Yagi di Filipina

Dua orang maut apabila ribut tropika Yagi yang membawa hujan lebat melanda Filipina, menyebabkan banjir dan tanah runtuh.


3. Mayat terakhir banjir kilat di Ternate, Indonesia ditemukan

Mayat itu ditemukan kira-kira 7 malam, menandakan berakhirnya usaha mencari mangsa sejak bencana melanda kampung Rua pada 25 Ogos lepas.


4. 4 maut, 2 cedera dalam insiden tembakan di Hawaii

Satu insiden tembakan di Honolulu County, Hawaii pada Sabtu malam mengorbankan empat orang termasuk suspek manakala dua lagi cedera, menurut pihak berkuasa pada Ahad.


5. Parti pemerintah Azerbaijan raih majoriti kerusi Parlimen

Keputusan awal menunjukkan calon-calon daripada Parti Baharu Azerbaijan yang memerintah memenangi 68 daripada 125 kerusi Parlimen.


6. Hari Kebangsaan Ke-67 disambut sederhana tapi meriah di New York

Semangat Malaysia yang mengiringi perwakilan di sana menjadi sambutan Hari Kebangsaan kali ini sangat bermakna.


7. Intel mungkin jual faundri, batal pembinaan kilang, bagi kurangkan kos

Langkah itu dipercayai akan diumumkan oleh CEO Pat Gelsinger kepada lembaga pengarah pada pertengahan bulan nanti.


8. Benjamin Netanyahu "bimbang" protes meluas rakyat Israel

Menteri Pertahanan Israel pula gelar pendekatan kerajaan terhadap perjanjian tebusan sebagai "penghinaan moral."


9. Ratusan ribu rakyat Israel sertai tunjuk perasaan, marah cara Netanyahu tangani krisis tebusan

Sekurang-kurangya 700,000 sertai tunjuk perasaan menuntut Netanyahu segera setuju perjanjian gencatan senjata.


10. Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman

Pengundi akan membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.