ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Oktober 2024.


1. Hubungan makin tegang, Korea Utara musnah jalan raya hubung ke Korea Selatan

Korea Utara pada Selasa memusnahkan sebahagian jalan raya yang menghubungkan negara itu dengan Korea Selatan, susulan ikrar rejim itu untuk memutuskan hubungan jalan raya dan kereta api yang pernah dianggap sebagai simbol kerjasama antara kedua-dua negara.



2. Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan hilang tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu - UNICEF

Lebih 400,000 kanak-kanak di Lubnan telah kehilangan tempat tinggal dalam tempoh tiga minggu akibat peperangan yang sedang berlaku.


3. ICRC seru salur bantuan kemanusiaan ke Gaza

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) menyeru agar bantuan kemanusiaan, termasuk bekalan perubatan disalurkan ke utara Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).


4. Israel 'tutup' utara Gaza, usir penduduk secara besar-besaran - PBB

Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa Israel sedang menutup sepenuhnya utara Gaza dan mungkin melaksanakan pemindahan besar-besaran penduduk awam, yang boleh dianggap sebagai jenayah perang.


5. UNSC bimbang pos pasukan pengaman UNIFIL di Lubnan diserang Israel

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Isnin menggesa semua pihak agar menghormati keselamatan dan perlindungan pasukan pengaman PBB di Lubnan, berikutan ketegangan yang semakin memuncak di sepanjang "Blue Line," sempadan de facto antara Israel dan Lubnan, lapor Agensi Anadolu.


6. Australia umum sekatan baharu terhadap Iran susulan serangan peluru berpandu ke atas Israel

Australia mengumumkan sekatan baharu ke atas Iran sebagai tindak balas terhadap serangan peluru berpandu ke atas Israel, lapor CNN.


7. Majlis angkat sumpah Prabowo sebagai Presiden Indonesia ke-8 Ahad ini

Indonesia, bakal menyaksikan hari bersejarah iaitu peralihan tampuk pemerintahan negara melalui
majlis angkat sumpah pelantikan Presiden dan Naib Presiden negara yang ke lapan pada Ahad ini.


8. Thailand lanjutkan pengecualian Borang TM.6, mudahkan prosedur perjalanan

Perdana Menteri Paetongtarn Shinawatra mengumumkan bahawa Thailand melanjutkan pengecualian bagi warga asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika memasuki dan keluar dari negara itu sehingga 30 April 2025.


9. 12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir

Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 33 cedera dalam kemalangan sebuah bas di lebuh raya yang menghubungkan Kaherah, Mesir ke pantai Laut Merah pada Isnin.


10. Serangan seksual remaja lelaki 16 tahun antara enam saman baharu ke atas Sean ‘Diddy’ Combs

Sekurang-kurangnya enam saman baharu difailkan pada Isnin terhadap pemuzik dan penerbit terkenal antarabangsa, Sean ‘Diddy’Combs yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap lelaki, wanita dan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun.