ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 13 Februari 2021.

1) Gempa kuat gegar Fukushima, Miyagi

GEMPA bumi kuat berkekuatan 7.1 skala Richter menggegarkan Miyagi dan Fukushima di wilayah Tohoku pada malam Sabtu.

Gempa pada jam 11.08 waktu tempatan yang dikategorikan tahap kedua tertinggi di negara berkenaan, turut dirasai di Tokyo, lapor Japan Times.


[TERKINI] Gempa bermagnitud 7.1 gegar Fukushima


2) Oxford-AstraZeneca uji vaksin ke atas kanak-kanak

UNIVERSITI Oxford di United Kingdom buat pertama kali melancarkan kajian untuk mengkaji tahap keselamatan dan tindak balas imun terhadap vaksin COVID-19 dalam kalangan kanak-kanak.

3) India import lebih 500,000 tan minyak sawit Malaysia pada Januari

India mengimport lebih 500,000 tan minyak sawit dari Malaysia pada Januari daripada keseluruhan import minyak makan sebanyak 1.07 juta tan.

4) Kerana tatu, wanita dipecat selepas baharu 30 minit ditawarkan kerja

Gara-gara ukiran tatu, seorang wanita yang baru sahaja ditawarkan bekerja sebagai pengurus jurujual telah 'dipecat', kurang 30 minit dari masa dia diterima bekerja.

5) Semua virus COVID-19 di dunia ini, jika dikumpul, muat dalam satu tin minuman - Kajian

Suatu yang hanya sehalus-halus kejadian, mampu melumpuhkan dunia! Kesemua virus yang menyebabkan pandemik COVID-19 di seluruh dunia ini, sekiranya dikumpulkan, boleh muat di dalam satu tin minuman.

6) Pengharaman penggunaan haiwan dan COVID-19 jejas bisnes sarkas Perancis

William Kerwich tidak lagi menjayakan persembahan sarkas sejak Mac tahun lalu. Pertunjukan sarkas jelajah yang diusahakan keluarganya juga kini sekadar ditempatkan di atas sebuah tapak tanah di selatan Perancis.

7) Benarkah virus mirip COVID-19 ditemui pada kelawar di gua buatan di Thailand?

Selepas lebih setahun dunia berdepan ancaman tersebut, banyak kajian telah dilakukan daripada pelbagai pihak termasuk mendakwa wabak tersebut bukan berasal dari daerah di Negara Tembok Besar.

8) Berang dengan suami, wanita tergamak rendam anak tiri 2 tahun dalam air mendidih

Akibat berang dengan suami, seorang wanita bertindak kejam dengan merendam anak tirinya yang berusia 2 tahun di dalam tab mandi berisi air panas mendidih.

9) Etihad syarikat penerbangan pertama dengan 100 peratus kru divaksin

ETIHAD Airways, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu (UAE), menjadi syarikat penerbangan pertama di dunia yang telah memvaksinkan kepada semua juruterbang dan kru kabinnya.

10) COVID-19: Arab Saudi tutup lapan lagi masjid

Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi menutup sementara lapan lagi masjid di seluruh negara itu pada Jumaat susulan kes koronavirus yang terus meningkat.