AS bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas

Astro Awani
Disember 26, 2023 00:15 MYT
Penduduk Palestin mengusung mayat yang ditemui di bawah runtuhan bangunan selepas serangan udara tentera rejim Zionis Israel ke atas kem pelarian Maghazi. - Foto AP
TEHRAN: Pihak berkuasa Iran menuduh Amerika Syarikat (AS) bertanggungjawab ke atas perang Israel-Hamas yang berlanjutan sejak 7 Oktober lalu.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Iran, Naseer Kaanani, AS merupakan sebahagian daripada jenayah perang yang berlaku di Gaza.
"Dakwaan oleh AS terhadap Iran, tidak boleh dikira. Tetapi sebaliknya penjahat dalam perkembangan perang sejak dua bulan setengah lalu adalah kerajaan AS, yang merupakan penjenayah perang yang pertama dan bertanggungjawab ke atas permulaan perang, serangan rejim Zionis dan perang berlanjutan sehingga kini," katanya.
Sehubungan itu, beliau mendesak Israel segera menghentikan serangan ke atas Gaza.
Beliau juga beri amaran, perang berisiko merebak ke negara lain di Asia Barat sekiranya Hezbollah menyertai pertempuran.
Perang setakat ini meruntuhkan sebahagian Gaza, mengorbankan lebih 20,000 nyawa dan menyebabkan 2.3 juta penduduk menjadi pelarian.
#Naseer Kaanani #Israel #Gaza #AS