MUMBAI: Seorang bidan di India berjaya menyambut 10,000 bayi tanpa rekod kematian sepanjang berkhidmat selama 33 tahun di sebuah pusat kesihatan negeri Tamil Naidu.
Khatija Bibi, 60, yang kini sudah bersara dalam bidang kesihatan itu menyatakan beliau bangga apabila menyaksikan sistem penjagaan kesihatan wanita di negaranya semakin berkembang.
"Saya bangga kerana tidak seorang pun daripada 10,000 bayi yang dilahirkan meninggal dunia di tangan saya," kata Khatija sambil menganggap beliau sudah sampai di puncak dalam kerjayanya.
Menteri Kesihatan, Ma Subramaniam memberitahu BBC bahawa Khatija baru-baru ini menerima anugerah daripada kerajaan kerana tidak merekodkan kematian terhadap bayi yang disambutnya sepanjang berkhidmat.
Sepanjang tiga dekad, beliau bekerja di sebuah pusat kesihatan di selatan negeri Tamil Naidu.
Sebelum ini, India merekodkan kadar kematian ibu dan bayi yang tinggi berbanding negara lain.
"Saya pernah mengandung tujuh bulan... namun dapat membantu wanita lain. Saya kembali bekerja selepas berehat seketika selama dua bulan.
"Jadi saya tahu betapa cemasnya wanita apabila mereka bersalin, jadi dengan menjadikan mereka selesa dan yakin adalah keutamaan saya," katanya.
Khatija bersara pada Jun lalu dan menyatakan kerjayanya itu adalah bersumberkan inspirasi daripada ibunya, Zulaika yang juga bidan kampung.
"Saya sering bermain-main dengan picagari semasa zaman kanak-kanak. Saya juga sudah terbiasa dengan bau hospital," ujarnya.
Sejak kecil lagi, Khatija memahami kepentingan kerja ibunya dengan menyediakan penjagaan kesihatan kepada wanita luar bandar yang miskin dan separa buta huruf.
Pada tahun 1990, kadar kematian ibu (MMR) di India mencapai 556 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup. Pada tahun yang sama, India mencatatkan 88 kematian bayi bagi setiap 1,000 kelahiran hidup.
Angka kerajaan terkini menunjukkan bahawa MMR berada pada 97 setiap 100,000 kelahiran hidup, dan kadar kematian bayi pada 27 setiap 1,000 kelahiran hidup. - Agensi/ SINAR HARIAN
Sinar Harian
Sat Jul 01 2023
Khatija berbangga menyambut 10,000 kelahiran bayi tanpa rekod kematian di negeri Tamil Naidu. - Foto Agensi
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Bidan India sambut 10,000 bayi tanpa rekod kematian
Khatija Bibi yang kini sudah bersara dalam bidang kesihatan berkhidmat selama 33 tahun di sebuah pusat kesihatan negeri Tamil Naidu.