PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menyeru Rizab Persekutuan untuk meningkatkan usaha bagi memerangi inflasi dengan menarik balik peningkatan monetari ekonomi negara itu.

Minggu lalu, inflasi AS berada pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 40 tahun.

Indeks Harga Pengguna (IHP) bagi tempoh 12 bulan hingga Disember melonjak tujuh peratus, kadar tertinggi sejak Jun 1982, kata Jabatan Buruh AS.

Ia dilihat mengekang pentadbiran Biden, menyebabkan sokongan awam terhadapnya merosot walaupun pertumbuhan ekonomi dan pengambilan pekerja meningkat.

"Rizab Persekutuan memberikan sokongan luar biasa semasa krisis untuk satu setengah tahun sebelum ini.

"Perkara terbaik untuk menangani kenaikan harga adalah ekonomi yang lebih produktif, dengan kapasiti yang lebih besar untuk menyampaikan barangan dan perkhidmatan kepada rakyat Amerika Syarika, dan ekonomi yang semakin berkembang di mana orang ramai mempunyai lebih banyak pilihan, lebih banyak perniagaan kecil bersaing dan di mana lebih banyak barangan boleh sampai ke pasaran dengan lebih cepat dan lebih murah.

"Saya telah membentangkan rancangan tiga bahagian untuk melakukan perkara itu," katanya pada satu sidang media di Washington DC, sempena tahun pertama pentadbirannya, pada Rabu.

Biden juga menafikan beliau menabur janji berlebihan kepada rakyat AS.

Malah kata Biden, beliau juga tidak pernah mendakwa ada usaha luar bagi memastikan beliau tidak dapat melaksanakan tugasnya.