Legenda kriket Pakistan, Imran Khan, berkata dalam senyap begitu yakin bahawa bakal memperoleh kemenangan dalam pilihan raya umum negara itu bulan ini.
Ini bermakna, laluan dan peluangnya untuk menyandang jawatan Perdana Menteri dilihat terbuka luas. Jelas Imran, beliau bakal memacu usaha menentang rasuah dan membanteras kemiskinan di negara tersebut.
Pemimpin pembangkang berusia 65 tahun itu yang pada usia mudanya menjalani kehidupan di London, juga menafikan dakwaan mengenai kuasa tentera yang bekerja di balik tabir untuk menyokong kempen pollitiknya menjelang pemilihan pada 25 Julai.
Imran yang berpendidikan Oxford berkata demikian dalam satu wawancara pada Jumaat, sementara musuh politiknya bekas perdana menteri Nawaz Sharif, dikatakan bakal dibawa pulang ke negara itu untuk berdepan dakwan rasuah.
Kebanyakan kawasan di Lahore, iaitu bandar yang menjadi tempat asal bagi kedua-dua Imran dan Nawaz, sering berlaku protes daripada penyokong Nawaz.
Imran agresif berkempen secara populis dengan menjanjikan Pakistan yang lebih makmur dan melonjak keluar dari legasi rasuah, selain cuba 'memujuk' menggunakan sentimen nasionalis dan keagamaan.
Sebagai Perdana Menteri, beliau akan mengotakan janjinya berkenaan usaha memerangi rasuah dan kemiskinan dengan merujuk kepada kejayaan China, iaitu sekutu tradisi Pakistan yang selama ini memberi bantuan kewangan berbilion dolar untuk projek-projek infrastruktur.
"Apa yang Pakistan harus lakukan ialah mencontohi China iaitu mereka mencari jalan keluar dari kemiskinan untuk rakyatnya. Sebenarnya kita sudahpoun bertemu dengan wakil China untuk membi cangkan isu itu," ujar Imran dalam wawancara di dalam jet peribadinya selepas pulang dari berkempen di wilayah Punjab.
Sesiapapun yang memenangi pilihan raya Pakistan akan mengetuai negara dalam menguruskan hubungan yang tidak menentu dengan Amerika Syarikat, lazimnya berkaitan peperangan menentang militan Taliban di Afghanistan.
Agensi
Fri Jul 13 2018
Imran yakin dapat memberi impak dalam pilihan raya umum Pakistan pada 25 Julai ini. - Reuters
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Bintang legenda kriket Pakistan, Imran Khan, yakin menjadi Perdana Menteri
Imran Khan juga menafikan dakwaan mengenai kuasa tentera yang bekerja di balik tabir untuk menyokong kempen pollitiknya.