Bunuh isteri gara-gara cemburukan aktor Bollywood

Astro Awani
November 12, 2019 02:11 MYT
Donne Dojoy dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai Bollywood, Hrithik Roshan hingga menyebabkan suaminya Dineshwar Budhidat cemburu dan berang.
SEORANG lelaki menikam mati isterinya sebelum menggantung diri gara-gara cemburu terhadap minat pasangannya dengan seorang aktor Bollywood.
Donne Dojoy, 27, dari Queens, Amerika Syarikat dikatakan amat meminati lakonan dan tarian aktor tinggi lampai Hrithik Roshan hingga menyebabkan suaminya Dineshwar Budhidat, 33, cemburu dan berang.
"Donne memberitahu, setiap kali dia menonton filem atau mendengar lagu Hrithik Roshan di rumah, suaminya akan menjadi cemburu," kata rakan mangsa Mala Ramdhani.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Dojoy singgah di apartmen suaminya untuk menonton filem dan meluangkan masa bersama sebelum pergi bekerja.
Namun, sumber polis berkata sekitar jam 7.30 petang (waktu tempatan), Budhidat menghantar pesanan kepada adik isterinya mengatakan dia telah membunuh mangsa dan memberitahu kunci apartmennya berada di bawah pasu.
Budhidat kemudian meninggalkan mayat isterinya yang ditikam lalu menggantung diri di sebuah pokok yang di padang berhampiran rumahnya.
#aktor tinggi lampai #Bollywood #cemburu buta #Dineshwar Budhidat #Donne Dojoy #gantung diri #Hrithik Roshan #Mala Ramdhani #tikam mati isteri