SINGAPURA: Kementerian Kesihatan Singapura sahkan kesan satu lagi kes cacar monyet di negara itu.

Ini menjadikan jumlah kes kepada empat setakat ini.

Pesakit merupakan warga negara India berumur 30 tahun yang menetap di republik itu, dan baru kembali dari Jerman.

Dia dilaporkan mengalami lecetan pada 30 Jun dan mula menunjukkan gejala demam seminggu kemudian.

Pesakit kemudian disahkan positif cacar monyet pada Jumaat.

Kes positif terbaharu ini tiada kaitan dengan kes sebelum ini.

Daripada empat kes cacar monyet di Singapura, tiga merupakan penularan import, dan satu kes tempatan.