LONDON: Bekas Menteri Kewangan United Kingdom (UK), Rishi Sunak peroleh sokongan tertinggi daripada kalangan Ahli Parlimen Konservatif sebagai calon menggantikan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri.

Dalam undian pertama, dua lagi calon Nadhim Zahawi dan bekas Menteri Luar, Jeremy Hunt disingkirkan selepas gagal peroleh 30 undi minimum.

Sunak yang bertanggungjawab di atas pengunduran Johnson memperoleh 88 undian.

Dua lagi calon ialah Menteri Perdagangan, Penny Mordaunt yang menerima 67 undi, sementara Menteri Luar, Liz Truss, 50 undi.

Turut kekal dalam persaingan bagi jawatan nombor satu itu adalah bekas Menteri Kabinet dan Peguam Negara, Suella Braverman, serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara, Tom Tugendhat.

Pengundian kedua berlangsung pada Khamis sementara pusingan akhir pengundian adalah pada 21 Julai ini.

Perdana Menteri UK yang baharu dijangka diumumkan pada 5 September ini.