BADAN penyelaras penyiaran China memaklumkan akan melarang sebarang bentuk estetika effeminate dalam rancangan hiburan dan sebarang "pengaruh lucah dan kata-kata kesat" juga dielakkan.
Effeminate, secara literal membawa maksud pembawaan karakter seakan-akan wanita oleh lelaki.
Ia sebahagian daripada prosedur dan peraturan baharu yang berkaitan apa yang digambarkan sebagai kandungan tidak sihat dalam program hiburan, lapor BBC.
Pentadbiran Radio dan Televisyen Nasional (NRTA) menegaskan tingkah laku dan moral harus dimasukkan sebagai kriteria dalam pemilihan pelakon.
Beberapa format persembahan pertandingan pencarian bakat juga juga akan dihentikan.
Pihak berkuasa bertekad akan mempromosikan apa yang ditakrifkan sebagai lelaki yang lebih maskulin dan mengkritik selebriti lelaki yang menggunakan solekan tebal.
Namun program yang mempromosikan budaya tradisional, revolusi atau memupuk suasana patriotik, akan digalakkan.
Presiden Xi Jinping sebelum ini berjanji untuk menjadikan China sebuah negara yang lebih hebat dengan pelbagai pembaharuan di peringkat nasional, termasuk pengawasan ketat terhadap sektor perniagaan, pendidikan, budaya dan agama di negara tersebut.
Beliau memberitahu, kawalan itu adalah sebagai mempertahankan masyarakatnya daripada terpengaruh dengan penggayaan lelaki yang berpenampilan tidak maskulin.
Memetik laporan Associated Press, Xi berbuat demikian kerana imej feminin itu seolah-olah memberi ancaman terhadap nilai budaya tradisional dan ia selaras dengan visinya untuk menjadikan rakyat China lebih kuat dan sihat.
Xi turut memperketat akses terhadap penggunaan internet di China
Baru-baru ini pihak pemerintahannya turut mengurangkan akses kepada kanak-kanak terhadap penggunaan permainan atas talian.
Pihak penyedia permainan atas talian menetapkan supaya individu berusia di bawah 18 tahun hanya dibenarkan bermain permainan atas talian selama satu jam pada setiap Jumaat, hujung minggu dan cuti persekolahan.
Langkah yang hanya membenarkan kanak-kanak mempunyai akses dengan permainan dari jam 8 hingga 9 malam itu bagi mengatasi kebimbangan masyarakat mengenai kesan berbahaya kepada golongan tersebut.
China juga telah melancarkan tindakan anti-monopoli, keselamatan data dan tindakan penguatkuasaan lain terhadap syarikat permainan dan penyedia media sosial Tencent Holding dan gergasi e-dagang Alibaba Group.
Agensi
Sun Sep 05 2021
Effeminate, secara literal membawa maksud pembawaan karakter seakan-akan wanita oleh lelaki. - Gambar hiasan
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa tipu kurangkan kadar kompaun
Seorang penolong pegawai penguat kuasa KPDN didakwa atas pertuduhan menipu seorang lelaki untuk membantu mengurangkan kadar kompaun.
AWANI Ringkas: Faktor penyumbang tragedi helikopter terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat PAC 2024 MPOB teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan meneliti projek penyelidikan dan isu dalam industri sawit Malaysia.
Tidak tuntut nafkah, Adira faham keadaan Datuk Red
"Saya tidak mahukan apa-apa sebab saya tak nak susahkan lagi Datuk Red... dia pun tengah down. Kita doakan yang terbaik untuk dia."
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Pengasas Mustika Ratu meninggal dunia pada usia 96 tahun
Pemergian Mooryati disifatkan kehilangan besar kepada Indonesia, khususnya dalam aspek pembangunan wanita, kecantikan dan kesihatan.
Azerbaijan minta ICJ teruskan kes terhadap Armenia
Azerbaijan meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk meneruskan kes yang menuduh Armenia menjalankan kempen penghapusan etnik, satu daripada dua kes yang dilakukan oleh musuh selama berdekad-dekad konflik etnik mereka.
Ringgit meningkat semula berikutan dolar AS rendah pada sesi awal
Pada 9.05 pagi, ringgit naik kepada 4.7730/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 pada Selasa.
Bersih gesa lantik segera pengerusi baharu SPR
Bersih mendesak kerajaan supaya segera melaksanakan reformasi pelantikan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh dan meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Industri hiburan penghubung antara Malaysia dan China - Shila Amzah
Shila Amzah percaya bahawa industri hiburan mempunyai pengaruh yang besar dan memainkan peranan penting dalam memupuk hubungan diplomatik Malaysia-China.
TPM mahu lebih ramai anak muda Sabah diberi pendidikan TVET
Beliau ditawarkan oleh China untuk menghantar 2,000 pelajar Malaysia bagi mengikuti program TVET dengan biasiswa penuh ke negara itu.
Perang dicetuskan blok Barat untuk terus kekal berkuasa - Penganalisis
Kemunculan kuasa-kuasa besar baharu seperti China yang mempunyai kekuatan ekonomi sangat tidak dijangka oleh Barat.
Harga minyak diunjur naik akibat konflik Iran-Israel
Harga minyak mentah Brent diunjur melonjak sehingga AS$95 setong berbanding sekitar AS$90 setong ketika ini berdasarkan jangkaan senario terburuk daripada konflik Iran-Israel.
Piala Uber: Tiada istilah mengalah buat Mei Xing
Pemain itu bagaimanapun mengakui sedikit terbeban dengan ketiadaan pasangan utama negara Pearly Tan-M Thinaah dalam kejohanan berkenaan.
MPOC jangka MSM didagangkan pada harga RM4,000-RM4,200 satu tan pada April
MPOC berkata, dinamik pasaran minyak sawit pada Mac dipengaruhi oleh beberapa faktor, termasuk peningkatan dalam pengeluaran minyak sawit.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Ketibaan pelancong China ke Malaysia dijangka melebihi paras pra-COVID hujung tahun ini - CPAFFC
Yang berkata, kerjasama sudah terjalin buat sekian lama dan China melihat Malaysia sebagai sebuah negara dan rakan dagang yang penting.
China gesa elak konflik, anggap sudah selesai
China menggesa semua pihak mengelak konflik susulan tindakan serangan Iran ke atas Israel serta menganggap perkara itu sudah selesai.