JIUQUAN: Roket pengangkut Long March-5F Yao-13 yang mengangkut kapal angkasa Shenzhou-13 berjaya dilancarkan dari pusat pelancaran satelit Jiuquan pada 12.23 tengah malam waktu Beijing.
Kira-kira 582 saat selepas itu, Shenzhou-13 berpisah dengan roket dan memasuki orbit sekali gus menandakan misi membawa tiga angkasawan iaitu Zhai Zhigang, Wang Yaping dan Ye Guangfu ke ruang angkasa berjaya.
Ini adalah misi ke-21 sepanjang pelaksanaan projek penerbangan angkasa lepas membawa angkasawan China, dan juga misi kedua penerbangan bermanusia selepas pelaksanaan projek itu memasuki fasa baharu yang mengutamakan stesen angkasa.
Shenzhou-13 telah menyelesaikan penyambungan automatik dengan cepat, terdiri daripada modul teras stesen angkasa"Tianhe" dan kapal angkasa kargo Tianzhou-2 dan Tianzhou-3.
Selepas proses itu selesai, angkasawan Zhai Zhigang membuka pintu Tianhe pada 9.58 pagi tadi, dan ketiga-tiga angkawasan berkenaan memasuki modul itu untuk memulakan misi selama enam bulan.
Antara misi yang akan dijalankan angkasawan berkenaan ialah mengoperasi manipulator, aktiviti berjalan di angkasa, pemindahan kabin serta menguji beberapa teknologi penting.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 16 2021
Roket pengangkut Long March-5F Yao-13 yang mengangkut kapal angkasa Shenzhou-13 berjaya dilancarkan dari pusat pelancaran satelit Jiuquan pada 12.23 tengah malam waktu Beijing. - Foto REUTERS
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Madya Dr. Mohd Yazid Zul Kepli, Pakar Undang-undang Antabangsa, Kulliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Semua penerbangan menuju ke bandar "Tehran, Isfahan dan Shiraz, lapangan terbang Barat, Barat Laut dan Barat Daya di Iran telah digantung.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Menteri luar ASEAN gesa henti segera keganasan di sempadan Myanmar
Menteri luar ASEAN menggesa semua pihak menghentikan segera keganasan dan melaksanakan sekatan sepenuhnya di kawasan sempadan Myanmar.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Selamat Datang ke Bulan' - Pendaratan kapal angkasa berjaya selepas 50 tahun
Robot pendarat berkaki enam digelar Odysseus, berjaya mendarat kira-kira jam 6:23 petang waktu AS di kawah bernama Malapert A.
China umum kru angkasawan Shenzhou-17
China mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17.
Perayau Chandarayaan-3 India selesai tugasan, ditetapkan ke dalam mod tidur
Perayau (rover) Chandrayaan-3 India telah menyelesaikan tugasan semasanya di bulan dan ditetapkan dalam mod tidur sehingga 22 Sept, menurut Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO), lapor Sputnik.
Anwar ucap tahniah kapal angkasa India mendarat di kutub selatan bulan
Anwar mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri India Narendra Modi dan rakyat negara itu atas kejayaan mendaratnya pesawat angkasa India, Chandrayaan-3, di kutub selatan bulan.
Kapal angkasa milik Rusia terhempas di bulan
Kapal angkasa tanpa pemandu itu sepatutnya melakukan pendaratan di bahagian kutub selatan bulan.
Tiga angkasawan China selamat kembali ke bumi
Selepas lebih enam bulan bertugas di stesen angkasa lepas, tiga angkasawan China kembali dengan selamat ke bumi pada Ahad.
Misi pelancaran kapal angkasa Shenzhow-16 berjaya
Kapal angkasa itu dipisahkan daripada roket dan memasuki orbit yang ditetapkan kira-kira 10 minit kemudian dan kesemua tiga angkasawan berada dalam keadaan baik.
Kapal angkasa kecil hentam asteroid Dimorphos
Ujian itu diadakan bagi mengetahui keupayaan manusia untuk menghalang objek kosmik daripada merosakkan kehidupan di bumi.
China berjaya lancar kapal angkasa Shenzhou-14
Kapal angkasa itu dihantar ke orbit mengikut jadual dan kesemua tiga anak kapal berada dalam keadaan baik.