China kesan 4 kes jangkitan baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam

Astro Awani
Mei 15, 2020 03:06 MYT
China mengumumkan mengesan empat kes jangkitan terbaharu koronavirus dalam tempoh 24 jam. -Gambar fail
China mengumumkan mengesan empat kes jangkitan terbaharu koronavirus dalam tempoh 24 jam.
Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (NHC), kes terbabit dikesan dari wilayah Jilin di timur laut negara itu, lapor CNN.
Jilin terletak bersempadan dengan Russia dan Korea Utara.
Kluster terbaharu kes jangkitan tempatan telah meningkatkan kebimbangan berlakunya gelombang kedua dan langkah sekatan baharu.
China sebelum ini menyatakan kebimbangan berhubung kes jangkitan import yang menyebabkan penularan baharu di negara itu selepas mendakwa bebas daripada wabak COVID-19.
Terdapat 11 kes baharu tanpa simptom yang dikira berasingan daripada kes yang menunjukkan simptom, kata NHC.
Dua daripadanya merupakan kes import.
Ini menjadikan jumlah kes jangkitan di tanah besar China kepada 82,933 dan 4,633 kematian sejak bermulanya pandemik ini.
Setakat ini 78,209 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar, menurut NHC.
#bebas COVID-19 #China #COVID-19 #Jangkitan tempatan #kes import #Korea Selatan #Korea Utara #koronavirus