SICHUAN :China mendedahkan negara itu melancarkan prototaip kereta api Maglev paling pantas yang pertama dunia di bandar Chengdu, 13 Januari lalu.

Ujian pengendalian kereta api juga dilakukan pada hari sama.

Kereta api itu dibangunkan dengan teknologi superkonduktor suhu tinggi (HTS) Maglev.

Pergerakan kereta api Meglev di landasan juga menjimatkan tenaga elektrik kerana menumpukan kepada tenaga magnet yang kuat.

Projek prototaip pengangkutan canggih itu dibangunkan oleh Southwest Jiaotong University, China Railway Group Limited and CRRC Corporation Limited.

Pendedahan prototaip kereta api Maglev prototaip itu menandakan satu lagi kejayaan pembinaan kereta api berkelajuan tinggi di China.