KUALA LUMPUR: China ingin bekerjasama dengan Malaysia untuk mempraktikkan multilateralisme sebenar, bagi mendukung kesaksamaan dan keadilan antarabangsa serta dan membawa hubungan China-Malaysia ke tahap lebih cemerlang, kata Duta China ke Malaysia Ouyang Yujing.
Beliau berkata China juga bersedia bersama dengan Malaysia mempromosi pembangunan berkualiti Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta memacu kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang termasuk vaksin, perdagangan, pelaburan, budaya, pelancongan dan pendidikan, sambil memanfaatkan potensi kerjasama dalam bidang baharu seperti ekonomi digital, e-dagang, teknologi tinggi dan keselamatan siber.
"Meskipun pandemik terus berleluasa, saya percaya bahawa tiada yang dapat menghentikan langkah kita. Selagi kedua-dua negara berpegang teguh pada solidariti dan fokus kepada kerjasama, kita pasti dapat mengalahkan pandemik dan mencapai masa depan yang cerah.
"Saya juga amat yakin bahawa dengan usaha kita bersama, persahabatan China dan Malaysia akan membawa pertumbuhan yang stabil dan meningkat ke tahap baharu," katanya semasa berucap pada majlis memperingati ulang tahun ke-72 Penubuhan Republik Rakyat China secara maya pada Selasa.
Hadir sama Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.
Ouyang berkata persahabatan Malaysia dan China sudah lama wujud, dan sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua negara menikmati kemajuan kukuh dalam kerjasama dua hala dan persahabatan yang semakin erat.
Beliau berkata sejurus selepas pelantikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri China, Li Keqiang mengirimkan perutusan tahniah.
"Mendepani cabaran pandemik dalam abad ini, kedua-dua kerajaan dan rakyat berganding bahu untuk memerangi virus itu dan menempuhnya bersama pada masa yang sukar ini. Ibarat pepatah "Bukit Sama Didaki, Lurah Sama Dituruni".
"Kita berganding bahu dalam perjalanan menuju pemulihan ekonomi dan kemakmuran negara," katanya.
Dalam usaha Malaysia melawan pandemik COVID-19, Ouyang berkata setakat ini, 36 juta dos vaksin China - Sinovac, CanSino dan Sinopharm telah dihantar ke Malaysia.
"Lagi bekalan vaksin sumbangan kerajaan China dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi," katanya.
Dari segi hubungan dagangan dan ekonomi, duta itu berkata pada separuh pertama tahun ini, jumlah perdagangan dua hala Malaysia-China mencecah US$81.79 bilion, meningkat 43.9 peratus dari tahun ke tahun.
Pelaburan langsung bukan kewangan China ke Malaysia mencecah US$800 juta dolar, meningkat 76.3 peratus tahun ke tahun.
Sementara itu, Saifuddin dalam ucapannya berkata Malaysia gembira melihat pembangunan China, terutama dalam sektor ekonominya.
Beliau turut memuji Presiden Xi Jinping atas kepemimpinannya yang dinamis kerana China telah menunjukkan pembangunan dan daya tahan ekonomi yang luar biasa serta prospek pertumbuhan positif di peringkat dunia.
Mengenai hubungan dua hala, Saifuddin berkata hubungan Malaysia-China bertambah erat sejak tercetusnya COVID-19 ketika kedua-dua negara saling membantu dalam memerangi pandemik tersebut.
China adalah rakan dagang terbesar Malaysia selama 12 tahun berturut-turut sejak 2009 dan pada 2020, China juga merupakan destinasi eksport dan sumber import terbesar Malaysia.
Selain itu, China juga pelabur terbesar di Malaysia selama lima tahun berturut-turut dari segi pelaburan yang diluluskan.
Saifuddin turut mengulangi kesediaan Malaysia untuk bekerjasama dengan China dalam merealisasikan inisiatif BRI.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 28 2021
OUYANG: Kita berganding bahu dalam perjalanan menuju pemulihan ekonomi dan kemakmuran negara. - Gambar fail/BERNAMA
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
China minat kerjasama dengan Malaysia pertahan kesaksamaan, keadilan antarabangsa
China juga sedia bersama dengan Malaysia mempromosi pembangunan berkualiti BRI dan memacu kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.
Kumpulan kedua vaksin Sinovac dijangka tiba bulan ini
Sehingga September secara keseluruhan Malaysia dijangka menerima 14 juta vaksin CoronaVac Sinovac.
COVID-19 telah kukuhkan hubungan Malaysia-China
Ketika kes COVID-19 memuncak di Malaysia dan China 10 bulan yang lalu, kedua-dua buah negara telah berkongsi pahit getir menempuh pandemik itu bersama-sama.
MH370: China tolak dakwaan 'tidak puas hati' terhadap Malaysia
Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang turut mengecam media barat yang menyiarkan laporan tidak berasas yang mengeruhkan keadaan dan menjejaskan emosi waris.