COVID-19: 333 kes dikesan di Taiwan, sekolah diarah tutup

Astro Awani
Mei 17, 2021 21:50 MYT
Tindakan penutupan sekolah secara besar-besaran itu diharapkan dapat mengurangkan kadar kes baharu dan jumlah kematian. - Foto REUTERS
TAIPEI: Taiwan mengarahkan semua sekolah ditutup di seluruh negara selama dua minggu bermula Selasa.
Ia selepas, 333 lagi kes tempatan COVID-19 disahkan di kepulauan itu sekali gus menjadi rekod tertinggi sejak bermulanya pandemik berkenaan.
Menteri Kesihatan, Chen Shih-Chung pada Isnin memaklumkan, 158 kes disahkan di ibu kota manakala 148 kes lagi dikesan di sekitar Bandar Baru Taipei.
Tindakan penutupan sekolah secara besar-besaran itu diharapkan dapat mengurangkan kadar kes baharu dan jumlah kematian.
Setakat ini, Taiwan sudah melaporkan 2,017 kes positif COVID-19 dengan 12 kematian.
#Taiwan #sekolah #COVID-19 #kes positif #kematian