LONDON: Dianggarkan 60,000 kematian berjaya dielakkan susulan program vaksinasi COVID-19 di United Kingdom.

Timbalan Ketua Pegawai Perubatan UK, Prof Jonathan Van-Tam berkata, anggaran bahawa 22 juta kes berjaya dibendung juga satu pencapaian memberangsangkan.

Jelasnya, semakin ramai divaksinasi, semakin banyak kelonggaran akan dipertimbangkan.

Potensi untuk sekatan tambahan akan berkurangan sekiranya lebih banyak populasi termasuk individu berusia antara 18 hingga 25 tahun mendapatkan suntikan vaksin.

Berdasarkaan data Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) satu per tiga atau 2.7 juta dewasa di negara itu belum mendapatkan walaupun satu dos vaksin.

Namun, NHS masih belum dapat menjangka sama ada akan wujud gelombang keempat atau sebaliknya.