COVID-19: Angka jangkitan meningkat, Lisbon kuat kuasa peraturan baharu bermula 15 September

Astro Awani
September 11, 2020 20:36 MYT
Seorang pekerja restoran menyusun kerusi meja di tengah jalan ketika penularan COVID-19 masih berlaku di Lisbon, Portugal, 10 September, 2020. REUTERS
LISBON menguatkuasakan peraturan baharu bermula 15 September ini dalam usaha mengekang penyebaran COVID -19.
Antara undang-undang baharu termasuk had penjualan dan penggunaan alkohol yang hanya dibenarkan sehingga jam 8 malam sahaja.
Selain itu, pihak berkuasa juga mengehadkan perhimpunan hanya kepada 10 orang.
Penguatkuasaan itu itu susulan peningkatan kes COVID-19 sejak tiga minggu lalu.
Data Kementerian Kesihatan menunjukkan 585 kes baharu dilaporkan pada Khamis sementara 646 kes dilaporkan pada hari sebelumnya, angka tertinggi sejak pertengahan April.
Sekurang-kurangnya 1,852 kematian akibat pandemik itu direkodkan sehingga kini.
#COVID-19 #kesihatan #koronavirus #Lisbon #undang-undang