COVID-19: Angka kematian di Eropah lepasi 300,000

Astro Awani
November 7, 2020 00:03 MYT
Seorang wanita berjalan melepasi sebuah pusat ujian COVID-19 yang dibuka di luar sebuah farmasi di Paris, Perancis, 5 Nov, 2020. (Foto AP)
PANDEMIK COVID-19 setakat ini meragut lebih 300,000 nyawa di Eropah, dengan lebih 12 juta kes positif dilaporkan.
Benua tersebut menjadi pusat penularan baharu wabak tersebut dan sejumlah 300,688 kes kematian telah dilaporkan di Eropah sejak pandemik melanda.
Lebih dua pertiga kes kematian disumbangkan lima negara yang paling teruk terjejas iaitu United Kingdom, Itali, Perancis, Sepanyol dan Rusia.
Itali dan England telah melaksanakan perintah berkurung bagi membendung jumlah jangkitan yang melonjak.
Sementara itu, di Denmark pula, sekatan diperketatkan di barat laut negara itu susulan versi mutasi COVID-19 ditemui dalam mink yang menjangkiti manusia.
Copenhagen khuatir mutasi itu boleh mengancam keberkesanan vaksin yang akan ditemui, sekali gus mengeluarkan arahan untuk memusnahkan sekitar 17 juta mink di seluruh negara.
BACA: Tindakan Denmark hapuskan mink elak sumber penularan baharu - WHO
#eropah #COVID-19 #pandemik #angka korban #kematian #kes positif #perintah berkurung #jangkitan #sekatan #vaksin