ANGKA kematian global COVID-19 meningkat lebih 5,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global kini mencecah angka lebih 876,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 188,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 125,000 kes.

India dan Mexico masing-masing merekodkan angka korban COVID-19 69,000 dan 66,000 kes.

Turut mencatatkan angka korban yang tinggi ialah United Kingdom dengan 41,000 kes.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,000 dan 30,000 kes.

Manakala Sepanyol dan Peru berkongsi 29,000 angka kematian.

Negara terakhir merekodkan angka korban melebihi 20,000 ialah Iran dengan 22,000 kes.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.