ANGKA kematian akibat pandemik COVID-19 meningkat lebih tujuh ribu kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat wabak itu kini sebanyak 783,333 kes.

Amerika Syarikat terus kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 172,945 kes, diikuti Brazil dengan 109,088 kes korban dan Mexico dengan 57,774 kematian.

India dan United Kingdom masing-masing merekodkan 52,889 kes dan 41,483 korban COVID-19.

Sementara itu, Itali dan Perancis pula masing-masing merekodkan lebih 35,412 kes dan 30,434 kes.

Dua negara terakhir yang melepasi angka kematian 20,000 adalah Sepanyol dengan 28,797 dan Peru dengan 26,658 kes.

Negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.