STATISTIK dari Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global akibat COVID-19 terus meningkat hampir 4,000 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kumulatif kematian global setakat Isnin mencecah 434,793 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 116,029 kes.



United Kingdom dan Brazil masing-masing merekodkan angka korban sebanyak 41,000 dan 43,000 kes.
Manakala kes kematian di Itali berada pada paras 34,000 kes.

Sementara itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan angka kematian 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 17,000 kes.