ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut statistik Johns Hopkins University, jumlah kumulatif kematian di peringkat global kini sebanyak 512,331 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 127,000 kes.

Brazil dan United Kingdom berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing merekodkan 59,000 dan 43,000 kes korban.

Kes kematian di Itali akibat virus berkenaan pula melebihi 34,000 kes.

Dalam pada itu, Perancis dan Sepanyol masing-masing mencatatkan 29,000 dan 28,000 kes maut.

Mexico merekodkan 27,000 kematian.