ANGKA kematian global akibat jangkitan COVID-19 meningkat lebih 4,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat koronavirus itu kini mencecah 926,019.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 194,443 kes, diikuti Brazil dengan 131,625 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 79,722 dan 70,821 angka korban.

Sementara itu, United Kingdom mencatatkan 41,726 kes yang maut akibat COVID-19 manakala Itali, Perancis dan Peru pula berkongsi angka korban melebihi 30,000.

Sepanyol, Iran dan Colombia pula merekodkan angka korban lebih 20,000.

Lain-lain negara masih mempunyai kes kematian akibat COVID-19 di bawah 20,000 kes.