JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini mencecah 105.67 juta kes, berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 26.89 juta kes.

COVID-19 | Kes positif global cecah 105.67 juta


Ini diikuti India dengan 10.81 juta kes dan Brazil dengan lebih 9.44 juta kes manakala negara yang melebihi angka 3 juta kes adalah United Kingdom, Rusia dan Perancis.

Sepanyol, Itali, Turki, Jerman dan Colombia mencatat lebih 2 juta kes.

Argentina, Mexico, Poland, Afrika Selatan, Iran, Ukraine, Peru, Indonesia, Czechia dan Belanda pula antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.

Dalam pada itu, Kanada, Portugal, Chile, Romania, Belgium, Israel, Iraq, Sweden, Pakistan, Bangladesh, Filipina dan Switzerland pula antara negara yang merekodkan angka lebih 500,000 kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes termasuk Maghribi, Austria, Serbia, Jepun, Hungary, Arab Saudi, Jordan, Panama, Emiriah Arab Bersatu dan Lebanon.

Negara lain merekodkan angka positif antara 100,000 dan 300,000 kes termasuk Malaysia.



Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melepasi 2.3 juta kes.

Berdasarkan Data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 461,681 kes.

COVID-19 | Angka korban global kini melepasi 2.3 juta


Ini diikuti Brazil dengan lebih 230,034 kes, Mexico, India dan United Kingdom pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Iitali, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Iran dan Colombia.

Negara yang mencatatkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian adalah Argentina, Afrika Selatan, Peru, Poland dan Indonesia.

Selain  itu, Turki, Ukraine, Belgium dan Kanada pula mencatatkan lebih 20,000 angka korban.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.