JUMLAH kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 kini menghampiri 1.47 juta kes di seluruh dunia.

Statistik Johns Hopkins University menunjukkan jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1,465,963 kes.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 267,844 kes, diikuti Brazil dengan 172,833 kes.

India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 137,139 dan 105,655 kes kematian.

Sementara itu, United Kingdom (58,545), Itali (55,576) dan Perancis (52,819) merekodkan angka kematian lebih 50,000 kes.

Negara yang melepasi angka 40,000 kematian ialah Iran (48,246) dan Sepanyol (45,069).

Dalam pada itu, negara yang melepasi angka 30,000 termasuk Rusia (39,491), Argentina (38,473), Colombia (36,766) dan Peru (35,923).

Afrika Selatan merekodkan kematian sebanyak 21,535 kes sementara negara-negara lain masih berada di bawah angka 20,000 kes.