WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden ulangi keperluan syarat vaksinasi COVID-19 dalam usaha memastikan kira-kira 67 juta rakyat negara itu yang masih belum divaksinasi menerima suntikan vaksin.

Sejak mengambil alih tampuk kepimpinan Januari lalu, keutamaan Biden adalah memastikan seramai mungkin rakyatnya menerima vaksin.

Namun, ketika ini, pentadbiran Biden terpaksa menggunakan arahan tegas demi memastikan penjawat awam terutamanya untuk mendapatkan suntikan vaksin.

Ini kerana, jelasnya, tanpa vaksin, usaha mengekang COVID-19 akan terjejas.

"Kita perlu melawan jangkitan ini. Walaupun saya tidak mengeluarkan arahan secepat mungkin, oleh sebab itu saya perlu buat arahan memastikan semua orang divaksinasi yang mana saya ada kuasa melakukannya.

"Pentadbiran saya memerlukan penjawat awam divaksinasi. Kita juga perlukan kontraktor awam divaksinasi.

"Jika anda mempunyai kontrak dengan kerajaan Persekutuan, bekerja untuk kerajaan Persekutuan, anda perlu divaksinasi.

"Kita juga memastikan askar yang sedang bertugas divaksinasi. Kami memastikan petugas kesihatan awam divaksinasi kerana sekiranya anda mendapatkan rawatan, anda perlu memastikan orang yang merawat anda dilindungi daripada COVID-19 dan tidak menularkannya," kata Biden.

Dalam beberapa minggu akan datang, lebih 100 juta rakyat AS dijangka menerima arahan suntikan vaksin oleh Biden.

Pada masa sama, pentadbirannya menggesa majikan mengambil inisiatif tambahan dengan memastikan suntikan vaksin diberikan secara sukarela.