NEW YORK: Kesatuan utama yang mewakili anggota bomba New York City membantah penetapan tarikh akhir mandat untuk vaksin COVID-19.

Ini susulan pengumuman yang dilakukan Datuk Bandar Bill de Blasio bahawa semua pegawai polis, bomba serta pekerja perbandaran wajib mengambil vaksin selewat-lewatnya 1 November, atau mereka akan berdepan cuti tanpa gaji.

Menurut Presiden Persatuan Bomba, Andrew Ansbro, lebih 40 peratus anggota bomba masih belum mendapat vaksin mereka.

Ansbro berkata kebanyakan yang tidak divaksinasi sebelum ini dijangkiti COVID-19 dan kini mempunyai antibodi.

"Pekerja dalam sektor penting telah berjuang di barisan hadapan dalam pandemik ini selama 20 bulan.

"Kami telah melalui tiga cara. Kami telah melaluinya, dan kini kami diberi tarikh akhir selama sembilan hari untuk membuat keputusan sama ada kami akan menerima vaksin itu atau tidak. Kami bukan antivaksin. Kami antimandat ini," katanya.

Kesatuan Anggota Bomba bertemu dengan Pejabat Perhubungan Buruh Bandar pada Khamis dalam usaha untuk melanjutkan tarikh akhir mandat tersebut.

Kesatuan itu berharap dapat meneruskan rundingan berkenaan sehingga Jumaat.