KEMENTERIAN Kesihatan Brazil mencadangkan penggunaan ubat anti malaria untuk merawat kes COVID-19 dengan gejala ringan.

Kaedah rawatan itu diluluskan Presiden Jair Bolsonaro, biarpun ketika tiada bukti saintifik ubat berkenaaan berkesan.

Arahan penggunaan ubat klorokuin dan hidro-klorokuin itu terkandung dalam garis panduan persekutan dikeluarkan kerajaan.

Ia meminta pakar perubatan memberikan ubat anti malaria bersama antibiotik untuk merawat simptom koronavirus.

Garis panduan itu digunakan untuk sistem kesihatan. Ia dikeluarkan ketika Brazil mencatat kes kematian dan jangkitan baharu tertinggi.

Pakar perubatan bagaimanapun mempunyai kata putus sama ada untuk mengikut garis panduan itu atau tidak.

Ubat anti malaria dilaporkan menyebabkan potensi kesan sampingan seperti kegagalan jantung dan hati serta merosakkan retina.

Selain Presiden Brazil, turut menyokong penggunaan ubat anti malaria adalah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.