COVID-19: Brazil semakin kritikal, permintaan lot kubur meningkat

Agensi
Mei 21, 2020 15:01 MYT
Berdasarkan rekod Johns Hopkins University, Brazil mencatatkan 19,000 kematian sejak negara itu dijangkiti COVID-19. - Reuters
Barisan kubur baharu terus bertambah di kawasan perkuburan Caju di Rio de Janeiro selepas angka korban akibat COVID-19 terus meningkat.
Rio de Janeiro merupakan negeri kedua merekodkan kematian tertinggi di Brazil dengan lebih 3,200 kes dan lebih 30,300 disahkan positif COVID-19.
Brazil menjadi negara ketiga paling terjejas di dunia selepas Amerika Syarikat dan Rusia.
Berdasarkan rekod Johns Hopkins University, Brazil mencatatkan 19,000 kematian sejak negara itu dijangkiti COVID-19.
Dalam tempoh dua hari, hampir 2,000 disahkan maut akibat virus berkenaan.
Lebih 291,000 kes disahkan positif dan Kementerian Kesiahatan sedang memantau 156,000 kes yang lain
#Brazil #COVID-19 #Johns Hopkins University #kes kematian #koronavirus #rawatan kesihatan #Rio de Janeiro