SHANGHAI:China merekodkan 17 kes baharu positif COVID-19 pada Rabu dengan satu daripadanya adalah penularan tempatan manakala 16 yang lain kes import.

Suruhanjaya Kesihatan Nasional memaklumkan kes penularan tempatan direkodkan di wilayah Anhui.

Bagi kes import, enam dilaporkan di Tianjin, lima di Shanghai, dua di Sichuan, dan masing-masing satu di Liaoning, Jiangsu dan Shaanxi.

Sementara itu, suruhanjaya tersebut melaporkan tiada kes suspek positif baharu atau kematian baharu yang direkodkan pada Selasa.

Dengan pertambahan kes baharu itu, ia menjadikan jumlah keseluruhan di tanah besar itu adalah 86,284 dengan 4,634 kes kematian.

Setakat ini, 86,284 kes dilaporkan sudah pulih.