COVID-19: Cuba catat kematian harian tertinggi

Astro Awani
Ogos 4, 2021 23:14 MYT
Cuba menyaksikan peningkatan kes harian sejak beberapa minggu lepas di sebalik peningkatan kadar vaksinasi buatan tempatan, Abdala. -Gambar fail
HAVANA: Pihak berkuasa kesihatan Cuba melaporkan 98 lagi kematian akibat COVID-19 pada Rabu.
Ini adalah rekod harian tertinggi setakat ini di negara itu sejak bermulanya pandemik.
Pada masa sama, Cuba turut menyaksikan peningkatan kes harian sejak beberapa minggu lepas di sebalik peningkatan kadar vaksinasi buatan tempatan, Abdala.
Pusat penularan kini dilaporkan di bandar Ciego de Avila.
Pihak berkuasa kesihatan terpaksa menjadikan hotel sebagai hospital sementara.
Kini, pusat penginapan seperti Hotel Ciego de Avila menempatkan 240 pesakit pediatrik.
Malah rakyat tempatan juga diperintahkan untuk kuarantin di rumah sendiri sekiranya dijangkiti.
Untuk rekod setakat ini, 422,000 kes positif dilaporkan dengan lebih 3,000 kematian.
#COVID-19 #Cuba #kes positif #pandemik #Abdala #Ciego de Avila #pesakit pediatrik #rekod harian tertinggi