COVID-19: Delhi lapor kes pertama sub-varian JN.1, jangkitan di India meningkat

Bernama
Disember 28, 2023 04:15 MYT
Setakat ini sebanyak 110 kes JN.1 dilaporkan di sembilan negeri, termasuk Gujarat, Karnataka, Goa, Maharashtra, Rajasthan, Tamil Nadu dan Telangana. - Foto fail/REUTERS
NEW DELHI: Delhi melaporkan kes pertama JN.1, sub-varian COVID-19 pada Rabu di tengah-tengah peningkatan jangkitan virus di negara itu.
Di India, varian itu kali pertama dikesan di Kerala pada 8 Dis dalam sampel ujian RT-PCR positif seorang wanita berusia 79 tahun.
Setakat ini sebanyak 110 kes JN.1 dilaporkan di sembilan negeri, termasuk Gujarat, Karnataka, Goa, Maharashtra, Rajasthan, Tamil Nadu dan Telangana.
WHO baru-baru ini berkata strain baharu itu "mungkin menyebabkan peningkatan kes SARS-CoV-2 (sindrom pernafasan akut teruk koronavirus 2) di tengah-tengah lonjakan jangkitan jangkitan virus dan bakteria lain, terutamanya di negara-negara yang memasuki musim sejuk."
Dengan jangkitan COVID-19 yang semakin meningkat, kemudahan penjagaan kesihatan berprestij Delhi All India Institute of Medical Sciences (AIIMS) pada Rabu menubuhkan unit saringan COVID-19 di bahagian kecemasannya.
India merekodkan 529 kes baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah kes aktif kepada 4,093 pada pagi Rabu.
Sebanyak tiga kematian baharu, dua dari Karnataka dan satu dari Gujarat, dilaporkan dalam tempoh itu.
-- BERNAMA
#COVID-19 #JN 1 #peningkatan jangkitan #musim sejuk