Kerajaan Britain dikecam doktor dan petugas kesihatan setelah menyarankan agar pakaian perlindungan diri (PPE) yang dipakai ketika merawat pesakit koronavirus boleh digunakan semula.

Langkah itu disyorkan susulan bekalannya hampir kehabisan di seluruh negara.

Kerajaan Britain mengeluarkan panduan baharu untuk hospital pada Jumaat yang menetapkan bahawa alternatif kepada gaun panjang PPE mungkin perlu digunakan, termasuk apron.

BACA: Kehabisan PPE, doktor UK dinasihat pakai apron

"Panduan ini menjelaskan lagi situasi mengerikan yang dialami beberapa doktor dan petugas kesihatan akibat daripada kegagalan pemerintah.

"Sekiranya dicadangkan agar kakitangan menggunakan semula peralatan, ini mesti disokong oleh fakta sains dan bukannya ketersediaan," kata Rob Harwood, ketua jawatankuasa perunding di Persatuan Perubatan Britain.

Britain berada dalam krisis kesihatan susulan pandemik COVID-19 di mana lebih 15,000 warganya telah meninggal dunia, iaitu merangkumi kira-kira 10 peratus daripada jumlah kematian di seluruh dunia pada 150,000.