COVID-19: Empat lagi wilayah di Jepun dikenakan darurat

Agensi
Julai 30, 2021 16:06 MYT
Jumlah kes positif di Tokyo meningkat dua kali ganda sejak minggu lepas, termasuk 3,300 kes pada Jumaat. - REUTERS
TOKYO: Perintah darurat diperluaskan ke empat lagi wilayah di Jepun susulan lonjakan kes COVID-19 ketika temasya Sukan Olimpik berlangsung di Tokyo.
Empat lokasi itu termasuk Saitama, Kanagawa, Chiba dan Osaka berkuat kuasa Isnin depan hingga 31 Ogos.
Perintah darurat yang berkuat kuasa di Tokyo dan Pulau Okinawa turut akan dilanjutkan hingga hujung Ogos selepas Olimpik tamat, serta selepas temasya paralimpik yang bermula 24 Ogos.
Manakala lima lagi kawasan iaitu Hokkaido, Kyoto, Hyogo dan Fukuoka diletakkan bawah perintah kawalan separa.
Jumlah kes positif di Tokyo meningkat dua kali ganda sejak minggu lepas, termasuk 3,300 kes pada Jumaat.
Pihak berkuasa bagaimanapun menegaskan bahawa tiada bukti setakat ini yang mengaitkan lonjakan kes dengan Olimpik.
#COVID-19 #Jepun #kes positif #Olimpik #perintah darurat #Tokyo #Saitama #Kanagawa #Chiba #osaka