SURUHANJAYA Eropah (EU) komited menyediakan inisiatif sumbangan bagi pembangunan vaksin COVID-19 yang diterajui Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Inisiatif itu akan menyediakan sebanyak AS$478 juta dan sokongan kewangan berkenaan akan disalurkan dalam bentuk jaminan.

EU bagaimanapun tidak memperincikan bentuk jaminan yang akan ditawarkan buat masa ini.

Sehingga kini, EU dalam proses rundingan pembelian vaksin dengan beberapa pengeluar lain bagi pihak 27 buah negara anggota.

Ini kerana, inisiatif COVAX menyasarkan pembelian vaksin untuk diagihkan kepada semua negara.

Ia melibatkan dua bilion dos vaksin daripada beberapa pengeluar menjelang hujung tahun 2021.