COVID-19: Hampir 1,500 kematian di Indonesia, kes positif kumulatif lepasi angka 3 juta

Bernama
Julai 22, 2021 14:07 MYT
Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 1,449 kematian hari ini. - Gambar fail/AP
JAKARTA: Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 1,449 kematian hari ini.
Menurut data yang disiarkan di laman twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah kematian keseluruhan akibat virus itu kini meningkat kepada 79,032 orang.
Provinsi Jawa Tengah merekodkan jumlah kematian harian paling tinggi iaitu seramai 402 kematian, diikuti Jawa Timur (270), Jakarta (194) dan selebihnya di provinsi lain.
Kes baharu COVID-19 di Indonesia direkodkan sebanyak 49,509 menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 3,033,339 kes, dengan sebanyak 561,384 pesakit aktif (dirawat).
-- BERNAMA
#Indonesia #kes kematian #COVID-19 #Jakarta #Jawa Timur #BNPB