COVID-19: Hong Kong lulus penggunaan vaksin secara kecemasan

Astro Awani
Disember 23, 2020 23:04 MYT
Carrie Lam (gambar) berkata, kerajaan sedang mencari 7.5 juta lagi vaksin daripada syarikat keempat untuk memastikan bekalan mencukupi. - Gambar fail REUTERS
HONG KONG meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 secara kecemasan.
Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam berkata, peraturan baru itu akan beri kuasa kepada Menteri Kesihatan Hong Kong untuk meluluskan penggunaan vaksin itu.
Hong Kong merancang untuk menawarkan vaksinasi secara percuma kepada 7.5 juta penduduknya.
Lam berkata, kerajaan bersetuju untuk dapatkan 22.5 juta vaksin dari Oxford-AstraZeneca, syarikat Sinovac dan Fosun yang bekerjasama dengan syarikat Jerman BioNTech.
Tambahnya, kerajaan sedang mencari 7.5 juta lagi vaksin daripada syarikat keempat untuk memastikan bekalan mencukupi.
Terdapat juga rancangan untuk tubuh dana untuk bantu mereka yang mengalami reaksi tertentu selepas pengambilan vaksin.
Keutamaan vaksinasi akan diberikan kepada golongan berisiko tinggi.
Lam menjelaskan penerima vaksin akan diberitahu vaksin jenis mana akan disuntik dan mereka boleh menerima atau menolaknya.
#COVID-19 #Hong Kong #vaksin COVID-19 #Carrie Lam #peraturan baru #dana