COVID-19: Hotel milik Ronaldo dijadikan hospital, kos rawatan percuma?

Agensi
Mac 15, 2020 14:24 MYT
Media antarabangsa melaporkan usaha pemain kelab Juventus itu sebagai membantu dunia memerangi pandemik COVID-19.
BEBERAPA hotel milik bintang bola sepak terkenal dunia, Cristiano Ronaldo dilaporkan bakal dijadikan hospital sebagai pusat rawatan COVID-19.
Media antarabangsa mendakwa usaha pemain kelab Juventus itu sebagai membantu dunia memerangi pandemik COVID-19.
Menurut laporan tersebut, kos rawatan mangsa yang dijangkiti COVID-19 dan elaun petugas perubatan yang menjaga pesakit juga akan ditanggung oleh bintang bola sepak itu.

Cristiano Ronaldo's hotels @PestanaCR7 will become hospitals from next week where the Coronavirus infected Covid-19 patients in Portugal will be able to be treated completely free of charge. The legend has informed that he will pay the doctors and workers. pic.twitter.com/qLhxgUqbkj

— B3 (@b3naldo7) March 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ronaldo memiliki hotel bertaraf empat bintang di Funchal dan di bandaraya Lisbon sebagai sebahagian daripada jenama CR7 miliknya.
Bagaimanapun, kakitangan Ronaldo yang bekerja di sebuah hotel di Lisbon memaklumkan setakat ini tiada sebarang perancangan berhubung perkara tersebut.
“Kami adalah sebuah hotel. Kami tidak akan menjadi hospital. Ia seperti orang lain, kami akan kekal sebuah hotel. Kami telah dihubungi oleh media (berhubung perkara ini),”demikian kata jurucakap tersebut kepada portal RTL Nieuws.
Setakat ini, Ronaldo masih belum memberikan sebarang komen berhubung dakwaan tersebut.
Sejak beberapa minggu lalu, penyerang berusia 35 tahun itu dilihat menzahikrkan keprihatinan terhadap penularan COVID-19, selain menggesa orang ramai merujuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Ronaldo sedang menjalani proses kuarantin di rumahnya selepas rakan sepasukannya Daniele Rugani dari kelab Juventus didapati positif COVID-19.
#COVID-19 #CR7 #Cristiano Ronaldo #Hospital #Hotel percuma COVID-19 #kelab Juventus #kesihatan #Pertubuhan Kesihatan Sedunia #Portugal #WHO