COVID-19: India rekod 28,637 kes dalam tempoh 24 jam

Agensi
Julai 12, 2020 09:00 MYT
Kementerian Kesihatan India berkata, sebanyak 551 kes kematian direkodkan dalam tempoh sama dengan jumlah keseluruhan sebanyak 22,672 kes.
Jumlah ujian saringan COVID-19 di India kini mencecah hampir 850,000 dengan peningkatan direkodkan sebanyak 28,637 kes dalam tempoh 24 jam lepas.
Kementerian Kesihatan negara itu memaklumkan, sebanyak 551 kes kematian direkodkan dalam tempoh sama menjadikan jumlah kumulatif kematian adalah 22,672.
Jumlah jangkitan positif virus di India kini mengatasi Rusia, namun masih berada di belakang Amerika Syarikat dan Brazil.
Kementerian itu bagaimanapun berkata, kadar pemulihan turut meningkat pada 62 peratus.
Antara negeri yang mencatatkan kes paling tinggi termasuk New Delhi, Mumbai, Chennai, Bangalore dan Pune.
Susulan itu, pihak berkuasa kerajaan mengumumkan perintah berkurung selama seminggu di hab teknologi selatan, Bangalore.
Sementara itu, di beberapa buah negeri di negara itu juga telah mengumumkan perintah berkurung di kawasan berisiko tinggi untuk memutuskan rantaian jangkitan.
#Amerika Syarikat #Brazil #India #Kementerian Kesihatan #kerajaan #kesihatan #koronavirus #Mumbai #New Delhi #Rusia #ujian saringan