DI SEBALIK peningkatan kes positif COVID-19, Indonesia mengambil pendekatan menyelamatkan sektor ekonominya dengan membuka semula beberapa sektor kesenian dan kebudayaan termasuk panggung wayang.
Keputusan itu dibuat selepas pemilik panggung wayang berikrar untuk mengamalkan kelaziman baharu dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat kepada penonton.
Antaranya, kapasiti penonton yang dibenarkan hanya separuh daripada jumlah tempat duduk penonton bagi memastikan jarak sosial, di samping melakukan disinfeksi selepas setiap tayangan.
“Pengendali panggung wayang memerlukan masa dua hingga tiga minggu lagi kerana mereka perlu membuat persediaan,” kata Ketua Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Cucu Ahmad Kurnia seperti dilaporkan Channel News Asia (CNA).
Indonesia mencatatkan 1,853 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam pada Rabu, angka harian tertinggi sejak kes pertama dikesan 2 Mac lepas.
Kes positif keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 68,079, manakala kes kematian keseluruhan setakat ini 3,359 orang.
BACA: Indonesia catat kes positif baharu tertinggi dalam tempoh 24 jam, kes positif 68,079
Sementara itu, Persatuan Pemilik Panggung Wayang Indonesia (GPBSI) memaklumkan ahli-ahli persatuan itu bersetuju untuk meneruskan operasi panggung wayang pada 29 Julai ini.
"Untuk itu kami mengharapkan operasi pembukaan semula panggung wayang ini akan berlangsung dengan sempurna dan menyumbang kembali kepada industri kreatif terutama industri filem tempatan," katanya dalam satu kenyataan.
Sepanjang tempoh persediaan, para pemilik panggung wayang perlu melatih kakitangan mereka untuk melaksanakan SOP kelaziman baharu sebelum pembukaan semula.
Hakim Rahman
Wed Jul 08 2020
Pembukaan panggung wayang itu dibuat selepas pemilik panggung wayang berikrar untuk mengamalkan kelaziman baharu dengan yang ketat kepada penonton. - Gambar hiasan
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Taylor’s University terus cemerlang, lonjak lima anak tangga QS Asia University Rankings 2025
Taylors University melonjak lima anak tangga untuk menduduki tempat ke-36 dalam QS Asia University Rankings 2025.
Muhammad Azeem mahu jadi Raja Pecut Asia 2025
Katanya, beliau kini dalam fasa transisi perubahan corak latihan di bawah kendalian Ken Harden yang dijangka beri kesan positif terhadap prestasinya.
Sumbangan Tunku Abdul Rahman di peringkat ASEAN, antarabangsa amat besar - Arkib
Generasi sekarang mungkin sekadar mengingati Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj sebagai pejuang kemerdekaan dan pembentukan negara, dan seterusnya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Pasaran saham Asia menjunam akibat kebimbangan kemelesetan di Amerika Syarikat
Pasaran saham utama di Asia mengalami kejatuhan besar pada Isnin akibat kebimbangan bahawa Amerika Syarikat mungkin menuju kemelesetan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
WEF China membuka tirai, tangani indikator negatif ekonomi global
Lima indikator negatif tersebut termasuk faktor geopolitik (79 peratus), paras hutang (68 peratus) dan polarisasi sosial (65 peratus).
Qatar tawar insentif lebih RM11 bilion untuk pelabur luar sertai agenda transformasi digitalnya
Qatar tawar QR9 bilion (lebih RM11 bilion) untuk pelabur sertai agendanya membuat transformasi digital, termasuk AI dan bahasa Arab.
Serangan dron Iran tidak akan berlaku sekiranya Israel berhenti seksa rakyat Palestin - Pakar
Serangan dron oleh Iran ke atas Israel tidak akan berlaku sekiranya rejim Zionis itu menghentikan kedegilan dan kerakusan membunuh dan menyerang rakyat Palestin.
MITEC dinobat sebagai Pusat Konvensyen Terbaik Asia, Malaysia 2023 oleh World MICE Awards
Venue pertama dibina khas di Malaysia untuk mesyuarat, persidangan, pameran dan acara gaya hidup yang merangkul anugerah berprestij itu.
Bursa Malaysia lepasi paras 1,500 selepas setahun
FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah melepasi paras 1,500 mata.