COVID-19: Iran catat 151 kematian dalam tempoh 24 jam

Agensi
April 5, 2020 13:12 MYT
Setakat ini, tiada sebarang arahan rasmi pelaksanaan Perintah Berkurung dikeluarkan di bandar-bandar di Iran. - Gambar AP
Kementerian Kesihatan Iran memaklumkan 151 kes kematian baharu akibat COVD-19 dicatatkan di negara itu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kumulatif kematian meningkat kepada 3,603.
Jurucakapnya, Kianoush Jahanpour berkata, sebanyak 2,483 kes positif baharu turut dilaporkan, sekali gus menyaksikan jumlah terkini kes positif mencecah 58,226.
Iran, antara negara di Asia Barat yang paling teruk terjejas akibat COVID-19 dan ketika ini sedang giat memerangi pandemik tersebut.
Setakat ini, tiada sebarang arahan rasmi pelaksanaan Perintah Berkurung dikeluarkan di bandar-bandar di Iran.
Bagaimanapun, negara Islam itu menggesa rakyatnya agar terus kekal berada di rumah dalam usaha membendung penularan pandemik tersebut.

Wajarkah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilanjutkan?#DudukRumah #HapusCOVID19

— Astro AWANI (@501Awani) April 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Asia #COVID-19 #Islam #Kementerian Kesihatan #koronavirus