Jangkitan COVID-19 di Indonesia terus membimbangkan selepas mencatatkan 4,823 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, jumlah tertinggi sehingga kini sejak kes pertama dikesan di republik itu pada 2 Mac 2020.
Berdasarkan data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia hari ini, jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 266,854 manakala sebanyak 112,082 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini itu juga, sebanyak 113 lagi kematian direkodkan, menjadikan jumlah kematian kumulatif kini 10,218 orang.
Provinsi Jakarta yang kembali dikuatkuasakan peraturan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) selama dua minggu sejak 14 Sept lepas, masih mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 67,902 kes, dengan tambahan 1,171 kes baharu.
Gabenor Jakarta Anies Baswedan dalam satu kenyataan mengumumkan PSBB di provinsi itu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi iaitu sehingga 11 Okt ini.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,084 orang, diikuti Jakarta (1,661), Jawa Tengah (1,372) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020
Jangkitan COVID-19 di Indonesia terus membimbangkan selepas mencatatkan 4,823 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail/REUTERS
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
256 gegaran susulan direkod selepas gempa di Laut Jawa
BNPB melaporkan hampir 4,680 rumah di Gresik, Tuban, Lamongan, Sidorajo, Pamekasan dan Kota Surabaya mengalami kerosakan.
Korban banjir, tanah runtuh di Sumatera Barat meningkat kepada 19
Daerah Pesisir Selatan paling teruk terjejas dengan 16 kematian dan tujuh lagi hilang manakala 25,794 keluarga terjejas.
Letusan Gunung Semeru: 13 penduduk terkorban, ribuan hilang tempat tinggal
Letusan turut menyebabkan 98 lagi cedera termasuk dua wanita yang sedang mengandung, selepas abu menyeliputi kampung mereka.
Sekolah kembali dibuka di luar Pulau Jawa dan Bali di Indonesia
Pemerintah Indonesia kembali membenarkan kegiatan sosio-ekonomi di luar Pulau Jawa dan Bali yang berstatus Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM) level 3.
COVID-19: Lebih 2,000 kematian di Indonesia
Indonesia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi akibat COVID-19, selepas merekodkan 2,069 kematian hari ini.
COVID-19: Indonesia mula benarkan beberapa aktiviti sosioekonomi
Indonesia mula membenarkan beberapa aktiviti sosioekonomi walaupun tempoh perlaksanaan PPKM dilanjutkan dan kes kematian harian akibat COVID-19 melebihi angka seribu.
COVID-19: Kes baharu Indonesia lepasi angka 50,000, jalan utama memasuki Jakarta ditutup
Pada Rabu, sebanyak 54,517 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,670,046 kes.
COVID-19 di Indonesia membimbangkan; hampir 28 ribu kes baharu
Sebanyak 493 lagi kematian berlaku dalam tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini.
Indonesia: Hanya penerima vaksin dibenarkan merentas provinsi
Peraturan itu dikuatkuasakan untuk perjalanan menggunakan semua jenis pengangkutan, di Pulau Jawa dan Bali dan ia berkuat kuasa hingga 30 Julai.
Angka COVID-19 di Indonesia terus melonjak, lebih 21,000 kes baharu direkodkan
Indonesia merekodkan lonjakan kes positif baharu COVID-19 melebihi angka 21,000 kes, jumlah tertinggi sejak kes pertama dikesan pada Mac 2020.