COVID-19: Jepun catat 250,403 kes baharu, tertinggi dalam 24 jam

Bernama
Ogos 11, 2022 04:20 MYT
Jepun kini menghadapi gelombang ketujuh COVID-19 yang dikaitkan dengan penyebaran subvarian Omicron BA.5. -Gambar hiasan/Reuters
MOSCOW: Jepun mencatatkan 250,403 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.
Sebelumnya, 249,800 kes COVID-19 harian baharu dilaporkan pada 3 Ogos, lapor Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo pada Rabu.
Seperti kebanyakan negara lain, Jepun kini menghadapi gelombang ketujuh COVID-19 yang dikaitkan dengan penyebaran subvarian Omicron BA.5.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan wabak COVID-19 sebagai pandemik pada 11 Mac 2020. Setakat ini, Jepun mencatatkan lebih 14.88 juta kes COVID-19, dengan lebih 34,000 kematian.
-- BERNAMA
#COVID-19 #Jepun #gelombang ketujuh #Omicron BA 5