PERDANA Menteri Jepun, Abe Shinzo memutuskan untuk mengisytiharkan darurat di seluruh negara dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19

Pada 7 April, Jepun mengisytiharkan darurat di tujuh daripada 47 wilayah di negara itu, termasuk Tokyo, Osaka, Kanagawa, Saitama, Chiba, Hyogo dan Fukuoka.

Pengisytiharan itu membolehkan dan memberi kuasa kepada gabenor wilayah berkenaan mengambil langkah pencegahan lebih berkesan untuk mengekang penularan virus.

Bagaimanapun, gabenor di wilayah lain mahu darurat diperluaskan apabila virus itu sudah merebak ke kawasan lain.

Beberapa wilayah di negara itu telah mengambil pendekatan sendiri dengan mengeluarkan perintah darurat lebih awal.