COVID-19: Jepun mohon bantuan negara G7 untuk teruskan Olimpik 2020

Faris Danial Razi
Mac 17, 2020 07:38 MYT
Menurut Abe Shinzo, pihak negara G7 bersetuju bagi mengadakan kerjasama sebagai usaha untuk menyokong ekonomi global yang terjejas akibat COVID-19.
PERDANA Menteri Jepun, Abe Shinzo menegaskan acara Olimpik 2020 akan diteruskan mengikut apa yang telah dirancang meskipun wabak COVID-19 masih belum menunjukkan sebarang perubahan baik.
Tegas beliau, Jepun akan mendapatkan bantuan negara G7 bagi membuktikan kemampuan manusia mengatasi COVID-19.
Tambahnya, pihak negara G7 bersetuju bagi mengadakan kerjasama sebagai usaha untuk menyokong ekonomi global yang terjejas akibat COVID-19.
BACA: Penundaan Olimpik Tokyo 2020 adalah mustahil - Gabenor Tokyo
BACA: Olimpik Tokyo mungkin ditangguh ke hujung tahun - Menteri Olimpik Jepun
Beliau berkata demikian selepas sesi dialog di sidang kemuncak bersama pemimpin negara G7 yang lain pada Selasa.
Menteri Olimpik Jepun, Seiko Hashimo, pada masa sama mengulangi bahawa Tokyo tekad untuk meneruskan acara olimpik dengan kerjasama dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (OIC) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Di Jepun, sebanyak 818 kes positif COVID-19 direkodkan dengan 24 kematian setakat ini.
BACA: Abe Shinzo umum RM10.53b untuk perangi COVID-19
#Abe Shinzo #Jepun #Olimpik #Olimpik Tokyo 2020 #Perdana Menteri #Tokyo