JEPUN mempertimbangkan untuk melonggarkan sekatan sempadan yang didakwa terlalu ketat sehingga memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.
Perdana Menteri Fumio Kishida berkata, beliau akan membuat keputusan berdasarkan penilaian saintifik varian Omicron, tahap jangkitan dalam dan luar negara, serta perintah kuarantin di negara lain.
"Saya sedar bahawa terdapat pelbagai pandangan berhubung sekatan sempadan.
"Namun, pada dasarnya saya berpandangan, kita perlu mengambil kira pengetahuan saintifik berhubung varian termasuk Omicron, perubahan dalam situasi jangkitan dalam dan luar negara, serta keadaan sekatan sempadan di negara luar.
"Kemudian, kita boleh meneruskan pertimbangan untuk kelonggaran (kawalan sempadan)," katanya di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, pada Sabtu.
Beliau bagaimanapun tidak memperincikan tempoh masa bagi keputusan tersebut.
Ketika ini, kebanyakan kawasan di Jepun masih di bawah sekatan bagi mengekang penularan COVID-19.
Pada Jumaat, Jepun merekodkan hampir 100,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam, termasuk 18,660 di Tokyo.
Sekatan sempadan yang berkuat kuasa ketika ini dijadualkan tamat pada hujung Februari.
Sekatan sempadan negara itu antara yang paling ketat dikawal, dengan hanya warga Jepun dan pemastautin tetap dibenarkan masuk.
Ia sekali gus menimbulkan kekecewaan ratusan ribu pelajar antarabangsa yang terkesan akibat sekatan tersebut, sehingga berkumpul di luar pejabat Kedutaan Jepun di serata dunia.
Astro Awani
Sat Feb 12 2022
Fumio Kishida (tengah) mendengar penerangan pegawai di pusat kuarantin di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, 12 Feb 2022. (Foto AP)
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
MYIPO sedia jaringan perlindungan, ayuh daftar sekarang
Tahap kesedaran masyarakat terutama komuniti industri perniagaan tempatan dalam mendaftar harta intelek masih rendah. Ketua Pengarah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), Kamal Kormin, pendaftaran dibuat melalui perbadanan ini membolehkan syarikat serta pemilik entiti perniagaan mendapat jaringan keselamatan terutama dari segi perlindungan hak cipta serta pelbagai faedah lain.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
'Yuza San' kongsi budaya masyarakat majmuk Malaysia menerusi Majlis Perbandaran Hioki
Selepas mendapat banyak pendedahan mengenai Malaysia, ramai penduduk Hioki, sebuah bandar kecil di Wilayah Kagoshima, Jepun dilihat amat berminat dengan kebudayaan dan warisan negara.
Panda gergasi tertua di Jepun mati akibat sakit jantung pada usia 28 tahun
Panda gergasi tertua di Jepun dilaporkan mati pada usia 28 tahun di Zoo Kobe Oji di bandar barat Kobe, menurut zoo itu hari ini, lapor Jiji Press.
FIFA batal perlawanan kelayakan Piala Dunia Korea Utara, Jepun
FIFA berkata bahawa perlawanan kelayakan Piala Dunia yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang tidak akan diadakan.
Jepun sasar sokongan pembayaran berasaskan kod QR bersama negara Asia Tenggara
Pada hari ini, pengguna tempatan sudah boleh menggunakan DuitNow QR di beberapa negara jiran, sekaligus memudahkan lagi pembayaran ketika melancong di negara tersebut.
BOJ tamatkan dasar kadar faedah negatif, kawalan lengkungan hasil
Syarikat-syarikat besar Jepun setuju naikkan gaji sebanyak 5.28 peratus pada 2024 dan ia dilihat boleh meningkatkan lagi kadar inflasi.
All England: Wei Chong-Kai Wun kandas di pusingan pertama
Pasangan ranking ke-18 dunia itu tewas 21-23, 18-21 kepada beregu ke-16 dunia dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito.
Gundam Factory Yokohama akan ditutup April ini
GUNDAM Factory Yokohama ialah tarikan pelancong khususnya di kalangan peminat siri anime Mobile Suit Gundam.