COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini

Astro Awani
April 29, 2023 02:00 MYT
Orang ramai memakai pelitup muka ketika bersiar-siar di sebatang jalan di Nakamise menuju ke kuil Senso-ji di daerah Asakusa, sebuah destinasi pelancongan popular, di Tokyo, Jepun, 9 Jan 2023. - REUTERS
JEPUN menarik semula beberapa peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19, termasuk keperluan menunjukkan bukti tiga dos vaksinasi atau ujian negatif pra-pelepasan, bermula Sabtu (29 April).
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Bagi pengembara yang didapati positif COVID-19, mereka akan ditempatkan di kemudahan kuarantin yang ditetapkan.
Namun selepas 9 Mei, ujian bagi mereka yang mempunyai gejala adalah secara sukarela.
Jepun juga akan menggugurkan kawalan khas kepada pelancong dari China kepada ujian secara rawak semasa ketibaan.
COVID-19 kini dikategorikan sebagai penyakit Kelas 2, bersama-sama SARS dan batuk kering, yang membenarkan sekatan ke atas pergerakan pesakit dan kontak rapat mereka.
#Jepun #COVID-19 #SOP #vaksinasi