COVID-19: Jerman hentikan ujian saringan mandatori terhadap pengembara

Agensi
Ogos 26, 2020 14:22 MYT
Jens Spahn memaklumkan sebaliknya negara itu akan memfokuskan ujian saringan terhadap mereka yang mempunyai simptom atau keberangkalian terdedah kepada penularan itu. - Gambar AP
JERMAN bakal menghentikan ujian saringan COVID-19 mandatori terhadap kesemua pengembara yang tiba di negara itu dari negara yang dikategorikan sebagai negara berisiko tinggi.
Menurut Menteri Kesihatannya, Jens Spahn, sebaliknya negara itu akan memfokuskan ujian saringan terhadap mereka yang mempunyai simptom atau kebarangkalian terdedah kepada penularan itu.
"Justeru, selepas langkah tersebut dilaksanakan semasa musim cuti, kita akan kembali kepada pelan jangka masa panjang.
"Kami akan memulakan pelaksanaan tersebut selepas tamat musim cuti dan kami mengumumkannya hari ini agar orang ramai dapat mempersiapkan diri.
"Kami akan melakukan saringan terhadap mereka yang mempunyai simptom dan mereka yang mempunyai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 antaranya jururawat, doktor dan pesakit dan melarang mereka memasuki negara ini," jelasnya.
Bagaimanapun tarikh pelaksanaan itu masih belum diperincikan.
Namun, ia dijangka akan ditetapkan oleh Canselor Angela Merkel dan gabenor daerah dalam mesyuarat pada Khamis.
#Angela Merkel #COVID-19 #Jens Spahn #Jerman #Pengembara #ujian saringan